Tony Fernandez
Tan Sri Anthony
Francis Fernandez lahir pada 30 April 1964. Beliau juga dikenali sebagai Tony
Fernandez. Beliau merupakan pengasas Tune Air Sdn Bhd yang memperkenalkan
penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogan ‘Semua mampu
naik kapal terbang’. Tony Fernandez Berjaya memulihkan Air Asia dari sebuah
syarikat yang tenat menjadi sebuah syarikat penerbangan awam yang cemerlang.
Fernandez
ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan
di Kuala Lumpur ,
Malaysia. Ibu bapanya ialah Dr. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut
ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Ecponomics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar
dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987
sehingga tahun 1989,
dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Bronson di London.
Sewaktu
kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music Malaysia. Selepas itu, dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib president Wilayah Asia Selatan bagi Kumpulan Warner Music.
Pada masa Time Warner Inc. bergabung
dengan American Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya
bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang
rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.
Pelancaran Air Asia adalah melalui Datuk Pahamin A.
Rajah, bekas Ketua Setiusaha Kementerin Perdangan Dalam Negeri Dan Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat
peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, Air Asia sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami
kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang
terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa
apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes
supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada
menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak umah
dan menggunakan keseluruhan wang simpanan untuk membeli syarikat tersebut dengan
harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40
juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11 September 2001,
suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustriaan perdagangan, menyebabkan orang ramai
berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai
orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga
meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis.
Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan
hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar
dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran saham (IPO) pada November 2menerima kelebihan permintaan sebanyak
130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk
membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal
terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman
boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian kerja di perindustrian penerbangan.
Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang
penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi ang ketat.
Pencapaian
dan Anugerah
Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan
syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia
memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan
tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun
2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan
persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas
permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan
sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang
rendah yang lain.
Ferdandes juga berjaya merevolusikan perindustrian
penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat
beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
·
Tiger Airways,
sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
· Penggabungan syarikat Valuair dari
Singapura, dengan JetStar yang
dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
·
Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan
·
Lion Air,
sebuah syarikat Indonesia.
Fernandes
telah menerima banyak anugerah, termasuknya:
·
"Siri
Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan (Visionaries & Leadership
Series) oleh International Herald Tribune ,
sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang
di syarikat AirAsia;
·
"Ketua
Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003)
pada Disember 2003. Sejenis anugerah tertinggi yang
sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan
kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya
di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
·
"Pengusaha
Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of
the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
·
"25
Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.
Bagaimanapun, kejayaan yang dibinanya sejak
enam tahun lalu itu, bukannya datang bergolek, kerana Fernandes, yang mahir
bermain keyboard itu, terpaksa melalui ‘ranjau dan duri’, sebelum berjaya
membina firma penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. sehingga dikenali di
peringkat antarabangsa pada masa ini.
Kejayaannya itu juga telah mengheret beliau ke
dalam kancah kontroversi termasuk dikaitkan dengan Naib Ketua Pemuda UMNO,
Khairy Jamaluddin, tokoh korporat T. Ananda Krishnan, Tan Sri Vincent Tan,
Datuk Mokhzani dan beberapa orang lain, tetapi Fernandes mengambil sikap membisu
kerana tidak mahu kontroversi itu menjadi isu.
No comments:
Post a Comment