ARKIB : 08/07/2012
Kehebatan Jimmy Choo
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
JARANG benar kelibat pereka kasut bertaraf antarabangsa, Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo Yeang Keat kelihatan di Malaysia. Kesempatan bertemu secara eksklusif yang diaturkan Pengarah Urusan Tradisi Busana, Dodi Mohasdi Mohammad, membuatkan penulis teruja.
Apa yang mengagumkan penulis, bukanlah status atau namanya yang glamor. Sebaliknya, sifat rendah diri dan mesra beliau.
Anak kepada seorang tukang kasut ini lahir dalam sebuah keluarga yang kecil. Beliau dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown, Pulau Pinang dan gemar menghabiskan masa dengan berenang di Gurney Drive.
Sekalipun telah mencipta nama di luar negara, namun Jimmy akan pulang ke kampung halamannya setiap tahun bersama keluarga.
Bercerita tentang pengalamannya sebagai pereka fesyen kasut, Jimmy memberitahu, sebaik saja tamat pengajian, beliau bekerja sebagai penolong pereka fesyen di sebuah kilang di Hackney, London.
Beliau hanya bekerja selama dua tahun sebelum membuka kedainya sendiri.
"Pada masa itu sangat sukar untuk menjual kasut kerana anda bukan orang terkenal. Penglibatan awal saya di sana sangat susah kerana London bukan kota kecil dan ia sangat popular.
"Secara jujurnya, bekerja sebagai orang asing di tanah asing sebenarnya sangat mencabar. Namun, saya mengambil cabaran itu dan syukur pada Tuhan saya berjaya mengharunginya," ujarnya.
Nasibnya berubah selepas kasutnya mendapat liputan sebanyak lapan muka surat dalam majalah fesyen terkemuka Vogue pada 1998.
Motivasi
Tambahnya, seseorang yang berminat dalam industri kasut boleh memilih untuk menjadi pereka fesyen kasut atau seorang tukang kasut. Sesetengah pereka fesyen kasut tidak tahu cara memotong pola kasut tetapi adalah lebih baik kalau mereka memahami selok-belok teknikal membuat kasut.
Bagi Jimmy, apa sahaja boleh menjadi inspirasinya kerana dia selalu berfikir; "inspirasi boleh datang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja".
Jika ada yang bertanya mengenai motivasinya dalam bidang ini, jawapannya mudah; "'Minat saya terhadap kasut".
Jimmy mengakui, kerja kuat juga sangat penting untuk berjaya.
"Tahun demi tahun, saya mengalami perubahan. Semuanya kerana kerja keras. Sejak bermula dalam bidang ini, motivasi saya berubah.
"Banyak benda yang saya lakukan menjadi mudah dan saya berjaya mencipta nama secara global. Saya tidak fikir saya sudah berjaya mencapai apa yang dimahukan untuk menjadi yang terbaik. Ini kerana masih banyak perkara yang perlu saya lakukan," katanya.
Jimmy tidak pernah menganggap dirinya yang terbaik.
"Prinsip ini sangat penting walaupun suatu hari anda menjadi pereka fesyen yang tersohor di dunia, anda masih perlu terus belajar," ujarnya.
Sebagai pereka kasut, kenangan paling manis Jimmy apabila kasutnya diterima dan dipakai di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia.
Menurutnya, kejayaan yang diperoleh hari ini kerana keazaman yang asli.
"Saya seronok dengan pekerjaan saya sekarang kerana dapat berkongsi karya seni saya dengan semua orang. Kepada generasi muda yang ingin berjaya, anda perlu bekerja kuat dan buka minda anda," ujarnya.
Jika terpaksa memilih antara kerjaya dan keluarga, Jimmy pantas menjawab akan memilih berkongsi kasih sayang bersama keluarga.
Justeru, tidak hairanlah beliau berusaha membahagikan masa sebaik mungkin.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120708/re_13/Kehebatan-Jimmy-Choo#ixzz3KKOm32on
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tony Fernandes Tokoh Perniagaan Terbaik 2010 Forbes
2010/12/04 - 01:45:03 AM Oleh Zuraidah
MohamedCetakEmel Kawan
Kalahkan 500 pemimpin syarikat senarai awam
KETUA Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Dr Tony Fernandes dipilih sebagai Tokoh Perniagaan Terbaik 2010 oleh majalah perniagaan, Forbes Asia.
Ketua Forbes Asia, Tim Ferguson berkata, Tony menjadi ahli perniagaan Malaysia dan juga Asia Tenggara pertama menerima anugerah berprestij itu. Katanya, ikon penerbangan itu dipilih kerana memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah di rantau ini dan menjadikan AirAsia sebagai jenama global terkemuka.
KETUA Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Dr Tony Fernandes dipilih sebagai Tokoh Perniagaan Terbaik 2010 oleh majalah perniagaan, Forbes Asia.
Ketua Forbes Asia, Tim Ferguson berkata, Tony menjadi ahli perniagaan Malaysia dan juga Asia Tenggara pertama menerima anugerah berprestij itu. Katanya, ikon penerbangan itu dipilih kerana memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah di rantau ini dan menjadikan AirAsia sebagai jenama global terkemuka.
Pemilihan bagi anugerah ini adalah sukar, termasuk daripada 500 pemimpin syarikat senarai awam terbesar di dunia menerusi Forbes Asia Fabulous 50.
Walaupun ada beberapa syarikat besar dari China yang dicalonkan, secara amnya mereka masih lagi dalam pasaran domestik yang khusus, sebaliknya Tony telah mengembangkan perniagaannya jauh ke depan, kata majalah berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.
Tony melakukan transformasi dalam landskap penerbangan sejak mengam-bil alih AirAsia yang berdepan masalah kerugian pada 2001.
Beliau kemudian memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah menerusi falsafah korporatnya, Kini Semua Boleh Terbang.
Forbes dalam kenyataannya berkata, AirAsia yang beroperasi kurang daripada sembilan tahun telah membawa lebih 100 juta penumpang dalam tempoh itu.
Kini, katanya AirAsia telah menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbesar di rantau ini dengan mempunyai 8,000 kakitangan, 100 pesawat dan sebanyak 140 laluan penerbangan, termasuk 40 daripadanya adalah laluan yang mana syarikat penerbangan lain tidak menyediakan perkhidmatan.
Selain menghubungkan penerbangan di Asean dan Asia, AirAsia turut menghubungkan ke rantau lain menerusi AirAsia X, penerbangan tambang murah jarak jauh seperti ke negara Asia, Australia, New Zealand dan Eropah.
Tony turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC).
Oleh AQMAR ALLADADaqmar.alladad@kosmo.com.my
Mempunyai seramai 20 pereka, tidak mustahil sekiranya Jakel
dilabelkan sebagi gedung tekstil terkemuka tanah air. Bangga dengan rekaan
corak tersendiri, Jakel sering mendapat perhatian ramai khususnya menjelang
musim perayaan.
"APA jua jenis perniagaan tentunya
mempunyai masalah. Kalau tidak mahu ada masalah jangan sesekali melibatkan diri
dalam perniagaan."
Itulah antara kata-kata semangat daripada
arwah bapa yang dipegang oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed
Jakel dalam mengembangkan empayar perniagaan tekstil mereka.
Mengangkat intipati pesanan itu sebagai
azimat niaga, ia nyata telah menjadi suntikan motivasi hingga terbinanya sebuah
jenama gedung tekstil tersohor di Malaysia.
Merupakan anak kedua daripada 12
adik-beradik, Mohamed Faroz merupakan peneraju utama yang menaikkan nama Jakel
sehingga ia dikenali umum.
Mengimbas kembali penubuhan Jakel sejak
tahun 1985, perniagaan itu hanya beroperasi di sebuah premis yang kecil di
Muar, Johor.
Hanya berbekalkan modal RM30 dan dua
tenaga kerja, Jakel menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan runcit
tanpa membayangkan keuntungan besar.
Tahun demi tahun mereka berniaga untuk
survival masa hadapan. Perkembangan skala operasi dan jaringan bisnes tidak
sekali-kali mengubah prinsip asas mereka iaitu untuk menjual jenis fabrik yang
mampu dimiliki oleh semua golongan.
Cabaran membina nama
Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan
Jakel yang berdiri teguh pada hari ini selepas tempoh lebih 25 tahun, bukan
sedikit liku dan cerita jatuh bangun yang didepani syarikat itu.
"Perasaan hasad dengki dalam
persaingan dunia niaga memang menuntut kesabaran yang tinggi. Sebenarnya ia
merupakan perkara biasa dalam bisnes. Apabila perniagaan kita nampak maju
sedikit, mulalah orang hendak menjatuhkan kita," katanya.
Menurut Mohamed Faroz, pernah ada pihak
yang menyebarkan fitnah kononnya kain yang mereka jual tidak bermutu tinggi dan
berharga mahal.
KEISTIMEWAAN gedung dan jenama Jakel menjadi buah mulut wanita urban di
bandar hingga pelosok desa
|
"Malah, tanggapan itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini.
Apatah lagi, perniagaan fabrik kini mempunyai saingan amat sengit,"
ulasnya ketika ditemui Stailo di Wisma Jakel, Jalan Masjid India
baru-baru ini.
Tidak cukup dengan itu, ketika negara
mengalami krisis ekonomi pada tahun 1996, Jakel turut menerima tempiasnya.
Tetapi disebabkan Jakel mempunyai strategi perniagaan yang baik, keadaan itu
tidak terlalu menjejaskan kedudukan operasi Jakel.
Siapa sangka ketika banyak syarikat
bergelut dengan iklim ekonomi sekitar tahun 1997, Jakel dilimpahi rezeki
apabila mampu membesarkan ruang niaga dengan membeli panggung wayang Rex untuk
dijadikan stor dan jualan runcit di Segamat, Johor.
Menyentuh mengenai cawangan syarikat yang
kini sudah mencecah sebanyak 18 buah, Mohamed Faroz memberitahu, ilham tersebut
bermula pada tahun 2000.
Ketika berada di Segamat, boleh dikatakan
setiap hari Jakel menerima kunjungan lawatan daripada pembeli yang mana
kebanyakannya dari luar Johor. Dari situ terdetik untuk memperbanyakkan lagi cawangan
di kota-kota lain di seluruh negara.
MOHAMED FAROZ
banyak belajar mengenai kesungguhan dan kesabaran dalam menjalankan bisnes.
Premis yang terletak di Kuala Lumpur
sebenarnya mula ditubuhkan pada tahun 2008. Ternyata usaha melebarkan sayap ke
ibu negara membuahkan hasil yang lebih lumayan buat Jakel.
Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi
sebutan para pelanggan golongan biasa. Bahkan, ia turut dipilih sebagai gedung
tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen tanah air.
Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima
ramai kerana konsep mesra pelanggan yang diterapkan syarikat itu amat berkesan.
"Kita tidak memilih pangkat pembeli.
Kalau mereka datang beli di sini, layanan yang diberikan sama sahaja iaitu
seorang pembeli akan dikendalikan oleh seorang jurujual.
"Bermula dari pemilihan dan potongan
fabrik semuanya akan dibantu oleh jurujual yang sama," terangnya yang kini
sudah tujuh tahun menerajui perniagaan tekstil Jakel.
PELBAGAI pilihan
material dan corak tekstil menarik boleh didapatkan di gedung Jakel.
Hari ini, Jakel muncul sebagai syarikat
pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran tempatan dan luar
negara.
Kejayaan besar Jakel apabila syarikat itu
mendapat hak eksklusif menjual jenama-jenama kain terkenal, termasuk Valentino,
Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro.
Bagi himpunan yang tidak terlalu mahal,
pelanggan boleh memilih seleksi fabrik seperti sutera Korea, sutera sulaman
Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.
Melewati usia 25 tahun, kejayaan Jakel
dilihat semakin menyinar di persada tekstil negara apabila membuka cawangan
baru di Seksyen 7, Shah Alam pada 25 April ini.
Gedung seluas 7,432 meter persegi itu
memenuhi permintaan pelanggan yang tidak memerlukan orang ramai berkunjung ke
tempat lain untuk mendapatkan fabrik.
Jelasnya, bangunan setinggi enam tingkat
itu akan dimuatkan dengan pelbagai jenis fabrik yang sesuai dijadikan baju
tradisional atau pengantin. Malah, butik terkenal Arianni turut diletakkan di
dalam gedung yang sama bagi penggemar dan pemakai tudung.
JAKEL pernah menaja
material bagi persiapan persalinan Datuk Siti Nurhaliza ketika penyanyi
tersohor negara itu menjayakan Konsert Satu di Istana Budaya tahun lalu.
"Shah Alam dipilih sebagai lokasi
gudang terbesar kerana ia memberi kemudahan kepada pelanggan yang tinggal
berdekatan kawasan sekitarnya termasuk dari Subang Jaya, Damansara, Klang atau
Puchong.
"Jadi, mereka tidak perlu bersusah
payah untuk datang ke cawangan Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan ruang parkir
yang luas demi memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya yang kini
perlu mengendalikan seramai 4,000 kakitangan.
Selain itu, Jakel turut tidak melepaskan
peluang membantu peniaga Bumiputera dengan menyediakan kemudahan francais.
Menariknya, francais yang diberikan itu bukannya meletakkan label nama Jakel,
sebaliknya pemilik kedai tersebut boleh menggunakan pilihan nama sendiri.
|
PELBAGAI
pilihan kain bermutu tinggi boleh disesuaikan dengan bajet pelanggan.
|
"Nama Jakel hanya tertera kecil di
bawah nama kedai tersebut. Walaupun kedai itu bukannya nama Jakel tetapi
barangan yang dijual merupakan 100 peratus dari gedung kami.
"Sehingga kini kita mempunyai 14
francais yang mana antaranya terdapat di Pahang, Kelantan dan Kedah,"
terangnya.
Rai pelanggan
Dalam pada itu, sempena ulang tahun Jakel ke-25 yang hanya
diraikan sekali setahun, gedung ternama tersebut mengadakan promosi hebat
untuk menghargai pelanggan mereka yang setia memberi sokongan.
Bermula 26 Mac hingga 18 April ini, orang
ramai boleh mendapatkan habuan menarik apabila membeli-belah di Jakel kerana
setiap pembelian akan menerima ganjaran istimewa.
Hadiah tersebut bukan hanya untuk pembeli
bertuah, tetapi semua pelanggan boleh menikmati promosi tersebut apabila setiap
pembelian RM250 ke atas akan mendapat hadiah fabrik bernilai RM50.
PARA peserta
pertandingan Miss World Tourism 2009 turut mengunjungi Jakel.
Sementara itu, bagi yang meniti detik
menjadi raja sehari, pembelian set pakaian pengantin renda Perancis yang
berharga RM259 bakal menerima hadiah kain songket bernilai RM100.
"Bukan setakat fabrik untuk pakaian,
mereka yang membeli langsir berukuran 10 meter bakal dihadiahkan dengan
tambahan langsir berukuran lima meter.
"Tawaran yang disediakan ini memang
menguntungkan apatah lagi ia bukannya terhad kepada bilangan pelanggan tertentu
yang ke gedung kami," katanya.
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment