Wednesday, 26 November 2014

JAKEL

Latar Belakang

JAKEL telah diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor. Pada permulaannya, Jakel Trading menjalankan perniagaan tekstil secara pukal kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Bandar Muar. Perniagaan kecil-kecilan berasaskan tikar getah, karpet dan langsir, akhirnya menjadikan jenama Jakel sebagai antara peneraju utama industri tekstil di Malaysia.
Menyedari potensi besar pembukaan tanah rancangan Felda yang baru di sekitar Segamat dan Pahang, Mohamed Jakel mengambil tindakan drastik dengan memindahkan syarikatnya ke Segamat pada tahun 1985 dengan modal tambahan sebanyak RM500,000 perniagaan ini telah dibesarkan dengan memajukan jualan secara runcit dan memperluaskan bekalan tekstil kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta. Perniagaan ini terus berkembang walaupun kegawatan ekonomi yang melanda namun ianya dapat ditangani dengan bijak.. Sambutan menggalakkan untuk tiga produk utama itu akhirnya membantu mengembangkan perniagaan Jakel dan bertitik tolak dari situ, produk jualannya dipelbagaikan kepada kain pula.
Jakel telah mengubah persepsi masyarakat Bumiputera, khususnya dalam perniagaan tekstil yang dahulunya dimonopoli oleh bangsa asing tetapi kini diterajui oleh Bumiputera membuktikan Jakel di persada industry tekstil tempatan. Bermatlamatkan satu cawangan satu negeri, Jakel kini telah mempunyai 18 buah cawangan di seluruh negara dengan cawangan terbaharunya di Alor Setar, Kedah bagi memberikah pilihan fabrik terbaik untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Malaysia.
Selepas pemergian pengasas Jakel, perniagaan itu diwarisi anaknya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, dan adik beradik beliau yang lain. Mohamed Faroz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel terpaksa menguburkan hasratnya ketika kecil untuk menjadi seorang akauntan dan doktor. Beliau akur dengan hasrat bapanya untuk membantu menguruskan perniagaan Jakel. Namun, keupayaan beliau bmembuat urusan jual-beli dan mampu menyumbang jualan memberangsangkan kepada syarikat sewaktu awal pembabitannya dalam dunia perniagaan nyata mendapat pujian daripada bapanya. Berkat sokongan moral daripada bapanya, lama-kelamaan timbul naluri di hati beliau untuk terus bergelar ahli korporat berjaya.
Umum ramai tidak mengetahui bahawa jenama Jakel ini adalah syarikat Melayu dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Menariknya lagi, Jakel sepatutnya disebut ‘Jakil’ seperti di Johor tetapi orang Kuala Lumpur lebih selesa menyebut ‘Jaykel’, dan sebutan itu terus melekat hingga ke hari ini. Jakel telah berjaya mengubah persepsi masyarakat Bumiputera, khususnya dalam perniagaan tekstil yang dahulunya dimonopoli oleh bangsa asing. Tetapi kini Jakel yang diterajui oleh Bumiputera membuktikan Jakel mampu bersaing di persada industri tekstil tempatan. Bukan itu sahaja, Jakel juga telah diberi kepercayaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk menjadi Mentor Prosper Usahawan Bumiputera dalam bidang tekstil bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berminat dalam industri ini pada tahun 2004.


Jakel terus berkembang baik sekitar awal tahun 90-an, namun masalah mula timbul apabila krisis kewangan berlaku pada 1997. Ketika itu Jakel mengambil bekalan dari Kuala Lumpur dan Singapura, tetapi akibat krisis tersebut mereka tidak dapat memberikan bekalan sehingga Malaysia mengalami masalah kekurangan kain. Namun, masalah itu dapat ditangani dengan bijak apabila Jakel mula mengimport sendiri bekalan tekstil bermula tahun 1998. Jakel terus mengambil langkah berani dengan seterusnya membeli panggung Rex di Segamat bernilai RM1.6 juta daripada Shaw Brothers untuk dijadikan gudang. Tidak berhenti di situ sahaja, Jakel kemudiannya mengambil keputusan merobohkan panggung Rex dan mendirikan bangunan baru di atas tapak panggung tersebut dan gedung jualan di Segamat telah dibuka pada 2002 khusus bagi pelanggan-pelanggan setianya dan ini menjadikan Segamat sebagai ‘syurga kain’.
Cawangan pertama Jakel telah dibuka di Tampoi Indah, Johor Bahru diikuti cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan. Jakel hanya bermula secara kecil-kecilan, namun kini syarikat itu berbangga mempunyai 19 cawangan yang telah dijenama semula di bawah nama Jakel berbanding pelbagai nama berbeza sebelumnya. Wisma Jakel seluas 7 pintu dan 6 tingkat di Jalan Masjid India serta pembukaan Jakel Shah Alam dengan keluasan 80,000 kaki persegi setinggi 6 tingkat dan 5 pintu menjadi tanda aras kepada kejayaan Jakel sebagai pelopor tekstil Bumiputera di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan Jakel akhirnya diperakui oleh Malaysia Book of Recods sebagai Gedung Jualan Tekstil Terbesar negara. Di samping itu Jakel turut menerima anugerah Syarikat Tekstil Terbaik dalam Anugerah Perniagaan UDC 2011.

Kejayaan Mohamed Faroz dan Jakel juga banyak bergantung kepada nasihat arwah bapanya yang menerapkan disiplin tinggi di kalangan anak-anaknya. Bapanya selalu berpesan agar sentiasa amanah sama ada kepada diri sendiri mahupun dalam jual beli. Sebagai majikan, beliau perlu datang sebelum pekerja lain tiba. Ini akan memberi semangat kepada pekerja supaya datang tepat pada waktunya. Selain itu, bapanya juga menekankan bahawa perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan perlu diutamakan dalam menjaga keyakinan mereka di samping mengetahui kehendak pembeli yang sentiasa mahu mengikuti selera pasaran terkini. Bagi terus memenuhi citarasa pelanggannya, Jakel melalui anak syarikatnya, Ariani telah mencipta fenomena bagi revolusi tudung muslimah pada tahun 2009 yang telah mengubah trend hijab semasa sehingga menjadi ikutan banyak syarikat lain.
Jakel juga tidak lupa akan tanggungjawab sosialnya kepada para pekerja dan juga masyarakat. Tanggungjawab itu dijalankan dengan mengadakan majlis-majlis meraikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan warga emas khususnya pada bulan Ramadan. Jakel turut mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya pada setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara pekerja dan majikan serta memberi bonus setimpal dengan usaha mereka yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Selain strategi pemasaran yang berkesan, kunci utama kejayaan Jakel adalah disebabkan amalan menyucikan harta dengan berzakat serta bersedekah. Selain itu, menjadi amalan di Jakel sebelum kedai dibuka pada setiap hari, bacaan doa akan dilakukan bagi memberkati hari yang bakal dilalui, manakala pada setiap hari Jumaat pula, semua kakitangan masuk sejam lebih awal untuk bacaan Surah Yassin, dan tazkirah bagi menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada pekerja.

Kini Jakel telah berada di ibu negara, pembukaan Gedung Tekstil seluas 7 pintu dan 6 tingkat di Jalan Bunus off Jalan Masjid India serta pembukaan Jakel Shah Alam dengan keluasan 80,000 kaki persegi setinggi 6 tingkat dan 5 pintu telah berjaya meletakkan Jakel sebagai pelopor tekstil Bumiputera di Malaysia. Jakel juga telah diberi kepercayaan PUNB untuk menjadi Mentor Prosper Usahawan Bumiputera dalam bidang tekstil bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berminat dalam industry ini.
Pelaburan sebanyak RM30 juta bagi pembukaan cawangan di Kuala Lumpur serta RM50 juta bagi pembukaan cawangan di Seksyen 7, Shah Alam telah memperlihatkan kejayaan. Dengan produk-produk yang bermutu tinggi dari Eropah telah berjaya menjadikan Jakel sebagai pusat pilihan fabrik terkemuka di ibu negara.



3 comments:

  1. thankkk youuuuuuuuuu for thissss so i cam continue my assignment shshshssh

    ReplyDelete
  2. JackpotCity Casino: Review & Login - JtmHub
    JackpotCity 당진 출장샵 Casino is the official online gambling site 부산광역 출장마사지 of JackpotCity, 속초 출장마사지 you can play casino games for real money or 성남 출장안마 for free 성남 출장마사지 at casino.com.

    ReplyDelete