Thursday, 27 November 2014

Sepatah Kata


Assalamualaikum W.B.T.. Sekarang bidang keusahawan telah menjadi satu gerbang kerjaya di Malaysia. Kini, ramai rakyat malaysia khususnya Bumiputera telah menceburi bidang perniagaan.  Keusahawanan merupakan satu kerjaya yang akan membawa pelbgai kebaikan dan manfaat. Dalam Islam sendiri telah dinyatakan bahawa 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keusahawanan adalah bidang yang baik untuk diceburi.

Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum.

Namun, sebelum menceburi bidang keusahawanan, seseorang haruslah melengkapkan diri dengan pengetahuan tertentu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan tidak mudah tersungkur.

Sebelum menceburi bidang keusahawanan, seseorang haruslah mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai perniagaan yang ingin diceburi dan mengetahui selok belok tentang perniagaan tersebut.

Antara ciri-ciri yang perlu seseorang miliki sebelum menceburi bidang perniagaan adalah seperti:

1. Berani
Berani merujuk kepada naluri keusahawanan, yang merupakan keinginan yang amat kuat untuk mempunyai perniagaan sendiri. Anda mesti mempunyai keberanian dan dedikasi yang benar-benar akan ditumpukan kepada matlamat anda. Secara kebetulan, kesetiaan kepada matlamat anda bererti anda mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk perniagaan yang dimaksudkan. Hidup ini terlalu pendek untuk memulakan perniagaan yang tidak memberi kepuasan dan kegembiraan kepada diri anda.

2. Membuat perancangan

3. Bijak. Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari peluang, mengatur perancangan, membina peluang.
Konsisten.

4. Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan kita dan niche bisnes yang kita bawakan.

5. Komitmen yang tinggi membantu usahawan menangani ancaman dan rintangan


Kesimpulanya Keusahawanan merupakan satu bidang yang penting yang boleh menjadi pemangkin perkembangan ekonomi negara seterusya mengurangkan kadar penganguran. Keusahawan banyak membantu negara mengembangkan ekonomi negara. 

Artikel

ARKIB : 08/07/2012

Kehebatan Jimmy Choo

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
JARANG benar kelibat pereka kasut bertaraf antarabangsa, Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo Yeang Keat kelihatan di Malaysia. Kesempatan bertemu secara eksklusif yang diaturkan Pengarah Urusan Tradisi Busana, Dodi Mohasdi Mohammad, membuatkan penulis teruja.
Apa yang mengagumkan penulis, bukanlah status atau namanya yang glamor. Sebaliknya, sifat rendah diri dan mesra beliau.
Anak kepada seorang tukang kasut ini lahir dalam sebuah keluarga yang kecil. Beliau dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown, Pulau Pinang dan gemar menghabiskan masa dengan berenang di Gurney Drive.
Sekalipun telah mencipta nama di luar negara, namun Jimmy akan pulang ke kampung halamannya setiap tahun bersama keluarga.
Bercerita tentang pengalamannya sebagai pereka fesyen kasut, Jimmy memberitahu, sebaik saja tamat pengajian, beliau bekerja sebagai penolong pereka fesyen di sebuah kilang di Hackney, London.
Beliau hanya bekerja selama dua tahun sebelum membuka kedainya sendiri.
"Pada masa itu sangat sukar untuk menjual kasut kerana anda bukan orang terkenal. Penglibatan awal saya di sana sangat susah kerana London bukan kota kecil dan ia sangat popular.
"Secara jujurnya, bekerja sebagai orang asing di tanah asing sebenarnya sangat mencabar. Namun, saya mengambil cabaran itu dan syukur pada Tuhan saya berjaya mengharunginya," ujarnya.
Nasibnya berubah selepas kasutnya mendapat liputan sebanyak lapan muka surat dalam majalah fesyen terkemuka Vogue pada 1998.
Motivasi
Tambahnya, seseorang yang berminat dalam industri kasut boleh memilih untuk menjadi pereka fesyen kasut atau seorang tukang kasut. Sesetengah pereka fesyen kasut tidak tahu cara memotong pola kasut tetapi adalah lebih baik kalau mereka memahami selok-belok teknikal membuat kasut.
Bagi Jimmy, apa sahaja boleh menjadi inspirasinya kerana dia selalu berfikir; "inspirasi boleh datang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja".
Jika ada yang bertanya mengenai motivasinya dalam bidang ini, jawapannya mudah; "'Minat saya terhadap kasut".
Jimmy mengakui, kerja kuat juga sangat penting untuk berjaya.
"Tahun demi tahun, saya mengalami perubahan. Semuanya kerana kerja keras. Sejak bermula dalam bidang ini, motivasi saya berubah.
"Banyak benda yang saya lakukan menjadi mudah dan saya berjaya mencipta nama secara global. Saya tidak fikir saya sudah berjaya mencapai apa yang dimahukan untuk menjadi yang terbaik. Ini kerana masih banyak perkara yang perlu saya lakukan," katanya.
Jimmy tidak pernah menganggap dirinya yang terbaik.
"Prinsip ini sangat penting walaupun suatu hari anda menjadi pereka fesyen yang tersohor di dunia, anda masih perlu terus belajar," ujarnya.
Sebagai pereka kasut, kenangan paling manis Jimmy apabila kasutnya diterima dan dipakai di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia.
Menurutnya, kejayaan yang diperoleh hari ini kerana keazaman yang asli.
"Saya seronok dengan pekerjaan saya sekarang kerana dapat berkongsi karya seni saya dengan semua orang. Kepada generasi muda yang ingin berjaya, anda perlu bekerja kuat dan buka minda anda," ujarnya.
Jika terpaksa memilih antara kerjaya dan keluarga, Jimmy pantas menjawab akan memilih berkongsi kasih sayang bersama keluarga.
Justeru, tidak hairanlah beliau berusaha membahagikan masa sebaik mungkin.
"Keluarga sangat penting untuk kesejahteraan kita," tegasnya menutup bicara sambil sempat berkongsi rahsia senaman dan diet seimbang untuknya kekal sihat dan sentiasa nampak muda.
Kongsi Konten di :


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120708/re_13/Kehebatan-Jimmy-Choo#ixzz3KKOm32on 


© Utusan Melayu (M) Bhd 



Tony Fernandes Tokoh Perniagaan Terbaik 2010 Forbes
2010/12/04 - 01:45:03 AM Oleh Zuraidah MohamedCetakEmel Kawan
Kalahkan 500 pemimpin syarikat senarai awam 

KETUA Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Dr Tony Fernandes dipilih sebagai Tokoh Perniagaan Terbaik 2010 oleh majalah perniagaan, Forbes Asia.

Ketua Forbes Asia, Tim Ferguson berkata, Tony menjadi ahli perniagaan Malaysia dan juga Asia Tenggara pertama menerima anugerah berprestij itu. 
Katanya, ikon penerbangan itu dipilih kerana memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah di rantau ini dan menjadikan AirAsia sebagai jenama global terkemuka.

Pemilihan bagi anugerah ini adalah sukar, termasuk daripada 500 pemimpin syarikat senarai awam terbesar di dunia menerusi Forbes Asia Fabulous 50.

Walaupun ada beberapa syarikat besar dari China yang dicalonkan, secara amnya mereka masih lagi dalam pasaran domestik yang khusus, sebaliknya Tony telah mengembangkan perniagaannya jauh ke depan, kata majalah berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Tony melakukan transformasi dalam landskap penerbangan sejak mengam-bil alih AirAsia yang berdepan masalah kerugian pada 2001.

Beliau kemudian memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah menerusi falsafah korporatnya, Kini Semua Boleh Terbang.
Forbes dalam kenyataannya berkata, AirAsia yang beroperasi kurang daripada sembilan tahun telah membawa lebih 100 juta penumpang dalam tempoh itu.

Kini, katanya AirAsia telah menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbesar di rantau ini dengan mempunyai 8,000 kakitangan, 100 pesawat dan sebanyak 140 laluan penerbangan, termasuk 40 daripadanya adalah laluan yang mana syarikat penerbangan lain tidak menyediakan perkhidmatan.

Selain menghubungkan penerbangan di Asean dan Asia, AirAsia turut menghubungkan ke rantau lain menerusi AirAsia X, penerbangan tambang murah jarak jauh seperti ke negara Asia, Australia, New Zealand dan Eropah.

Tony turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). 


JAKEL
Empayar bermula dengan RM30
Oleh AQMAR ALLADADaqmar.alladad@kosmo.com.my

Mempunyai seramai 20 pereka, tidak mustahil sekiranya Jakel dilabelkan sebagi gedung tekstil terkemuka tanah air. Bangga dengan rekaan corak tersendiri, Jakel sering mendapat perhatian ramai khususnya menjelang musim perayaan.








"APA jua jenis perniagaan tentunya mempunyai masalah. Kalau tidak mahu ada masalah jangan sesekali melibatkan diri dalam perniagaan."
Itulah antara kata-kata semangat daripada arwah bapa yang dipegang oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel dalam mengembangkan empayar perniagaan tekstil mereka.
Mengangkat intipati pesanan itu sebagai azimat niaga, ia nyata telah menjadi suntikan motivasi hingga terbinanya sebuah jenama gedung tekstil tersohor di Malaysia.
Merupakan anak kedua daripada 12 adik-beradik, Mohamed Faroz merupakan peneraju utama yang menaikkan nama Jakel sehingga ia dikenali umum.
Mengimbas kembali penubuhan Jakel sejak tahun 1985, perniagaan itu hanya beroperasi di sebuah premis yang kecil di Muar, Johor.
Hanya berbekalkan modal RM30 dan dua tenaga kerja, Jakel menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan runcit tanpa membayangkan keuntungan besar.
Tahun demi tahun mereka berniaga untuk survival masa hadapan. Perkembangan skala operasi dan jaringan bisnes tidak sekali-kali mengubah prinsip asas mereka iaitu untuk menjual jenis fabrik yang mampu dimiliki oleh semua golongan.
Cabaran membina nama
Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan Jakel yang berdiri teguh pada hari ini selepas tempoh lebih 25 tahun, bukan sedikit liku dan cerita jatuh bangun yang didepani syarikat itu.
"Perasaan hasad dengki dalam persaingan dunia niaga memang menuntut kesabaran yang tinggi. Sebenarnya ia merupakan perkara biasa dalam bisnes. Apabila perniagaan kita nampak maju sedikit, mulalah orang hendak menjatuhkan kita," katanya.
Menurut Mohamed Faroz, pernah ada pihak yang menyebarkan fitnah kononnya kain yang mereka jual tidak bermutu tinggi dan berharga mahal.
KEISTIMEWAAN gedung dan jenama Jakel menjadi buah mulut wanita urban di bandar hingga pelosok desa






"Malah, tanggapan itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Apatah lagi, perniagaan fabrik kini mempunyai saingan amat sengit," ulasnya ketika ditemui Stailo di Wisma Jakel, Jalan Masjid India baru-baru ini.
Tidak cukup dengan itu, ketika negara mengalami krisis ekonomi pada tahun 1996, Jakel turut menerima tempiasnya. Tetapi disebabkan Jakel mempunyai strategi perniagaan yang baik, keadaan itu tidak terlalu menjejaskan kedudukan operasi Jakel.
Siapa sangka ketika banyak syarikat bergelut dengan iklim ekonomi sekitar tahun 1997, Jakel dilimpahi rezeki apabila mampu membesarkan ruang niaga dengan membeli panggung wayang Rex untuk dijadikan stor dan jualan runcit di Segamat, Johor.
Menyentuh mengenai cawangan syarikat yang kini sudah mencecah sebanyak 18 buah, Mohamed Faroz memberitahu, ilham tersebut bermula pada tahun 2000.
Ketika berada di Segamat, boleh dikatakan setiap hari Jakel menerima kunjungan lawatan daripada pembeli yang mana kebanyakannya dari luar Johor. Dari situ terdetik untuk memperbanyakkan lagi cawangan di kota-kota lain di seluruh negara.
MOHAMED FAROZ banyak belajar mengenai kesungguhan dan kesabaran dalam menjalankan bisnes.




Premis yang terletak di Kuala Lumpur sebenarnya mula ditubuhkan pada tahun 2008. Ternyata usaha melebarkan sayap ke ibu negara membuahkan hasil yang lebih lumayan buat Jakel.
Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan biasa. Bahkan, ia turut dipilih sebagai gedung tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen tanah air.
Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima ramai kerana konsep mesra pelanggan yang diterapkan syarikat itu amat berkesan.
"Kita tidak memilih pangkat pembeli. Kalau mereka datang beli di sini, layanan yang diberikan sama sahaja iaitu seorang pembeli akan dikendalikan oleh seorang jurujual.
"Bermula dari pemilihan dan potongan fabrik semuanya akan dibantu oleh jurujual yang sama," terangnya yang kini sudah tujuh tahun menerajui perniagaan tekstil Jakel.





















PELBAGAI pilihan material dan corak tekstil menarik boleh didapatkan di gedung Jakel.




Hari ini, Jakel muncul sebagai syarikat pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Kejayaan besar Jakel apabila syarikat itu mendapat hak eksklusif menjual jenama-jenama kain terkenal, termasuk Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro.
Bagi himpunan yang tidak terlalu mahal, pelanggan boleh memilih seleksi fabrik seperti sutera Korea, sutera sulaman Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.
Melewati usia 25 tahun, kejayaan Jakel dilihat semakin menyinar di persada tekstil negara apabila membuka cawangan baru di Seksyen 7, Shah Alam pada 25 April ini.
Gedung seluas 7,432 meter persegi itu memenuhi permintaan pelanggan yang tidak memerlukan orang ramai berkunjung ke tempat lain untuk mendapatkan fabrik.
Jelasnya, bangunan setinggi enam tingkat itu akan dimuatkan dengan pelbagai jenis fabrik yang sesuai dijadikan baju tradisional atau pengantin. Malah, butik terkenal Arianni turut diletakkan di dalam gedung yang sama bagi penggemar dan pemakai tudung.




JAKEL pernah menaja material bagi persiapan persalinan Datuk Siti Nurhaliza ketika penyanyi tersohor negara itu menjayakan Konsert Satu di Istana Budaya tahun lalu.




"Shah Alam dipilih sebagai lokasi gudang terbesar kerana ia memberi kemudahan kepada pelanggan yang tinggal berdekatan kawasan sekitarnya termasuk dari Subang Jaya, Damansara, Klang atau Puchong.
"Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah untuk datang ke cawangan Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan ruang parkir yang luas demi memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya yang kini perlu mengendalikan seramai 4,000 kakitangan.
Selain itu, Jakel turut tidak melepaskan peluang membantu peniaga Bumiputera dengan menyediakan kemudahan francais. Menariknya, francais yang diberikan itu bukannya meletakkan label nama Jakel, sebaliknya pemilik kedai tersebut boleh menggunakan pilihan nama sendiri.

PELBAGAI pilihan kain bermutu tinggi boleh disesuaikan dengan bajet pelanggan.






"Nama Jakel hanya tertera kecil di bawah nama kedai tersebut. Walaupun kedai itu bukannya nama Jakel tetapi barangan yang dijual merupakan 100 peratus dari gedung kami.
"Sehingga kini kita mempunyai 14 francais yang mana antaranya terdapat di Pahang, Kelantan dan Kedah," terangnya.
Rai pelanggan
Dalam pada itu, sempena ulang tahun Jakel ke-25 yang hanya diraikan sekali setahun, gedung ternama tersebut mengadakan promosi hebat untuk menghargai pelanggan mereka yang setia memberi sokongan.
Bermula 26 Mac hingga 18 April ini, orang ramai boleh mendapatkan habuan menarik apabila membeli-belah di Jakel kerana setiap pembelian akan menerima ganjaran istimewa.
Hadiah tersebut bukan hanya untuk pembeli bertuah, tetapi semua pelanggan boleh menikmati promosi tersebut apabila setiap pembelian RM250 ke atas akan mendapat hadiah fabrik bernilai RM50.


PARA peserta pertandingan Miss World Tourism 2009 turut mengunjungi Jakel.




Sementara itu, bagi yang meniti detik menjadi raja sehari, pembelian set pakaian pengantin renda Perancis yang berharga RM259 bakal menerima hadiah kain songket bernilai RM100.
"Bukan setakat fabrik untuk pakaian, mereka yang membeli langsir berukuran 10 meter bakal dihadiahkan dengan tambahan langsir berukuran lima meter.
"Tawaran yang disediakan ini memang menguntungkan apatah lagi ia bukannya terhad kepada bilangan pelanggan tertentu yang ke gedung kami," katanya.
Hakcipta terpelihara 


Wednesday, 26 November 2014

JAKEL

Latar Belakang

JAKEL telah diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor. Pada permulaannya, Jakel Trading menjalankan perniagaan tekstil secara pukal kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Bandar Muar. Perniagaan kecil-kecilan berasaskan tikar getah, karpet dan langsir, akhirnya menjadikan jenama Jakel sebagai antara peneraju utama industri tekstil di Malaysia.
Menyedari potensi besar pembukaan tanah rancangan Felda yang baru di sekitar Segamat dan Pahang, Mohamed Jakel mengambil tindakan drastik dengan memindahkan syarikatnya ke Segamat pada tahun 1985 dengan modal tambahan sebanyak RM500,000 perniagaan ini telah dibesarkan dengan memajukan jualan secara runcit dan memperluaskan bekalan tekstil kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta. Perniagaan ini terus berkembang walaupun kegawatan ekonomi yang melanda namun ianya dapat ditangani dengan bijak.. Sambutan menggalakkan untuk tiga produk utama itu akhirnya membantu mengembangkan perniagaan Jakel dan bertitik tolak dari situ, produk jualannya dipelbagaikan kepada kain pula.
Jakel telah mengubah persepsi masyarakat Bumiputera, khususnya dalam perniagaan tekstil yang dahulunya dimonopoli oleh bangsa asing tetapi kini diterajui oleh Bumiputera membuktikan Jakel di persada industry tekstil tempatan. Bermatlamatkan satu cawangan satu negeri, Jakel kini telah mempunyai 18 buah cawangan di seluruh negara dengan cawangan terbaharunya di Alor Setar, Kedah bagi memberikah pilihan fabrik terbaik untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Malaysia.
Selepas pemergian pengasas Jakel, perniagaan itu diwarisi anaknya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, dan adik beradik beliau yang lain. Mohamed Faroz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel terpaksa menguburkan hasratnya ketika kecil untuk menjadi seorang akauntan dan doktor. Beliau akur dengan hasrat bapanya untuk membantu menguruskan perniagaan Jakel. Namun, keupayaan beliau bmembuat urusan jual-beli dan mampu menyumbang jualan memberangsangkan kepada syarikat sewaktu awal pembabitannya dalam dunia perniagaan nyata mendapat pujian daripada bapanya. Berkat sokongan moral daripada bapanya, lama-kelamaan timbul naluri di hati beliau untuk terus bergelar ahli korporat berjaya.
Umum ramai tidak mengetahui bahawa jenama Jakel ini adalah syarikat Melayu dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Menariknya lagi, Jakel sepatutnya disebut ‘Jakil’ seperti di Johor tetapi orang Kuala Lumpur lebih selesa menyebut ‘Jaykel’, dan sebutan itu terus melekat hingga ke hari ini. Jakel telah berjaya mengubah persepsi masyarakat Bumiputera, khususnya dalam perniagaan tekstil yang dahulunya dimonopoli oleh bangsa asing. Tetapi kini Jakel yang diterajui oleh Bumiputera membuktikan Jakel mampu bersaing di persada industri tekstil tempatan. Bukan itu sahaja, Jakel juga telah diberi kepercayaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk menjadi Mentor Prosper Usahawan Bumiputera dalam bidang tekstil bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berminat dalam industri ini pada tahun 2004.


Jakel terus berkembang baik sekitar awal tahun 90-an, namun masalah mula timbul apabila krisis kewangan berlaku pada 1997. Ketika itu Jakel mengambil bekalan dari Kuala Lumpur dan Singapura, tetapi akibat krisis tersebut mereka tidak dapat memberikan bekalan sehingga Malaysia mengalami masalah kekurangan kain. Namun, masalah itu dapat ditangani dengan bijak apabila Jakel mula mengimport sendiri bekalan tekstil bermula tahun 1998. Jakel terus mengambil langkah berani dengan seterusnya membeli panggung Rex di Segamat bernilai RM1.6 juta daripada Shaw Brothers untuk dijadikan gudang. Tidak berhenti di situ sahaja, Jakel kemudiannya mengambil keputusan merobohkan panggung Rex dan mendirikan bangunan baru di atas tapak panggung tersebut dan gedung jualan di Segamat telah dibuka pada 2002 khusus bagi pelanggan-pelanggan setianya dan ini menjadikan Segamat sebagai ‘syurga kain’.
Cawangan pertama Jakel telah dibuka di Tampoi Indah, Johor Bahru diikuti cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan. Jakel hanya bermula secara kecil-kecilan, namun kini syarikat itu berbangga mempunyai 19 cawangan yang telah dijenama semula di bawah nama Jakel berbanding pelbagai nama berbeza sebelumnya. Wisma Jakel seluas 7 pintu dan 6 tingkat di Jalan Masjid India serta pembukaan Jakel Shah Alam dengan keluasan 80,000 kaki persegi setinggi 6 tingkat dan 5 pintu menjadi tanda aras kepada kejayaan Jakel sebagai pelopor tekstil Bumiputera di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan Jakel akhirnya diperakui oleh Malaysia Book of Recods sebagai Gedung Jualan Tekstil Terbesar negara. Di samping itu Jakel turut menerima anugerah Syarikat Tekstil Terbaik dalam Anugerah Perniagaan UDC 2011.

Kejayaan Mohamed Faroz dan Jakel juga banyak bergantung kepada nasihat arwah bapanya yang menerapkan disiplin tinggi di kalangan anak-anaknya. Bapanya selalu berpesan agar sentiasa amanah sama ada kepada diri sendiri mahupun dalam jual beli. Sebagai majikan, beliau perlu datang sebelum pekerja lain tiba. Ini akan memberi semangat kepada pekerja supaya datang tepat pada waktunya. Selain itu, bapanya juga menekankan bahawa perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan perlu diutamakan dalam menjaga keyakinan mereka di samping mengetahui kehendak pembeli yang sentiasa mahu mengikuti selera pasaran terkini. Bagi terus memenuhi citarasa pelanggannya, Jakel melalui anak syarikatnya, Ariani telah mencipta fenomena bagi revolusi tudung muslimah pada tahun 2009 yang telah mengubah trend hijab semasa sehingga menjadi ikutan banyak syarikat lain.
Jakel juga tidak lupa akan tanggungjawab sosialnya kepada para pekerja dan juga masyarakat. Tanggungjawab itu dijalankan dengan mengadakan majlis-majlis meraikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan warga emas khususnya pada bulan Ramadan. Jakel turut mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya pada setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara pekerja dan majikan serta memberi bonus setimpal dengan usaha mereka yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Selain strategi pemasaran yang berkesan, kunci utama kejayaan Jakel adalah disebabkan amalan menyucikan harta dengan berzakat serta bersedekah. Selain itu, menjadi amalan di Jakel sebelum kedai dibuka pada setiap hari, bacaan doa akan dilakukan bagi memberkati hari yang bakal dilalui, manakala pada setiap hari Jumaat pula, semua kakitangan masuk sejam lebih awal untuk bacaan Surah Yassin, dan tazkirah bagi menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada pekerja.

Kini Jakel telah berada di ibu negara, pembukaan Gedung Tekstil seluas 7 pintu dan 6 tingkat di Jalan Bunus off Jalan Masjid India serta pembukaan Jakel Shah Alam dengan keluasan 80,000 kaki persegi setinggi 6 tingkat dan 5 pintu telah berjaya meletakkan Jakel sebagai pelopor tekstil Bumiputera di Malaysia. Jakel juga telah diberi kepercayaan PUNB untuk menjadi Mentor Prosper Usahawan Bumiputera dalam bidang tekstil bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berminat dalam industry ini.
Pelaburan sebanyak RM30 juta bagi pembukaan cawangan di Kuala Lumpur serta RM50 juta bagi pembukaan cawangan di Seksyen 7, Shah Alam telah memperlihatkan kejayaan. Dengan produk-produk yang bermutu tinggi dari Eropah telah berjaya menjadikan Jakel sebagai pusat pilihan fabrik terkemuka di ibu negara.



Jimmy Choo Ikon Fesyen Malaysia


Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.
Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.

 Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.

Kini jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).

 CABARAN YANG DIHADAPI
Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.
Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.
Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.
Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.
Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London, namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlis-majlis umum di mana beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat. Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian. Antara sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat Malaysia sendiri dan juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta alam sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya di Pulau Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota yang sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.
Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.
Baru-baru ini beliau bersama-sama duta makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dianugerahkan Anugerah Khas Kementerian Pelancongan kerana mempromosikan Malaysia di luar negara. Kedua-duanya menerima trofi daripada Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 dan 2011 yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun.
Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut tunas dan pereka fesyen.
Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo
§  Dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.
§  Mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
§  Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
§  Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.